"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Perbicaraan dijangka hangat bagi kenalpasti 'Lelaki Y'

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijangka hangat dengan usaha pihak pendakwaan mengaitkan sampel DNA yang diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.

NONESetakat ini, pihak pendakwaan belum mendedahkan daripada mana mereka memperolehi barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'.

Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak.

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat.

Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas,ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: