Tok Janggut
Apabila sudah terlalu lama berkuasa, maka UMNO kini merasakan tiada siapa yang boleh menghalang segala apa yang mereka ingin lakukan. Mereka boleh memijak kepala rakyat, boleh menolak dan menghina syariat Allah, boleh merampas serta menindas rakyat bila-bila masa mereka suka. Boleh sesuka hati merompak harta Negara, boleh menangkap siapa saja yang mereka suka, boleh memfitnah malahan boleh membunuh tanpa rasa takut dan bimbang.
Ini adalah kerana semua jentera kerajaan, penguatkuasa undang-undang adalah dibawah telunjuk mereka. Dosa pahala, syurga neraka, Allah dan Rasul belakang kira.
Penyokong dan pengampu mereka samada dari kalangan akademik, peniaga malahan ahli agama boleh buat apa yang mereka suka asalkan taat dan patuh kepada penguasa gila. Senjata yang paling ampuh yang mereka gunakan kini semata untuk mengekalkan kuasa ialah FITNAH. Mereka sedar untuk mengekalkan kuasa secara biasa kini agak sukar kerana semua rakyat bawahan telah mula sedar dan insaf. Selain dari itu ialah dengan mengiktiraf seramai mungkin pendatang-pendatang asing dengan memberikan kad pengenalan yang membolehkan mereka itu menjadi pengundi dengan syarat mengundi lambing dacing, jika tidak akan diambil tindakan undang-undang atas tuduhan masuk secara haram atau akan dihantar pulang ke Negara asal atau akan dipenjarakan.
Yang memualkan dengan cara UMNO ini ialah, mereka rasa seolah-olah Allah tidak melihat apa yang mereka buat, seolah-olah Allah tidak boleh apa-apa kepada mereka dan seolah-olah mereka tidak akan mati dan akan disoal kelak. Kalau diteliti dari 13 atau 14 jumlah parti gabungan dalam Barisan Nasional, apa yang kita lihat hanya UMNO sahaja yang dipimpin oleh golongan haprak, tidak punya maruah dan moral serta lebih hina dari khinzir. Tindakan mereka menabur fitnah tidak ada bezanya lagi mereka dengan Yahudi atau iblis.
Apakah pemimpin dan parti sebegini yang ingin diagung-agungkan oleh orang Melayu yang mengaku beragama Islam? Apakah juga pemimpin begini yang ingin dipertahankan, dibela dan dilindungi oleh puak Melayu haprak dan tidak bermoral itu? Kezaliman UMNO kini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dibiarkan lagi. Menentang dan menumbangkan UMNO kini sudah menjadi wajib kepada semua umat Islam sebelum keadaan menjadi lebih parah dan golongan kaki maksiat dan mungkar terus bermaharajalela mencipta fitnah dan menggadaikan Negara kepada pengundi dari Negara asing, maka bagkitlah wahai umat Melayu sekiranya kamu masih punya maruah. Tumbangkan UMNO/BN dengan kadar segera sebelum nasi menjadi bubur.
Kalau diperhalusi ayat Quran dan hadis Nabi, jelas bahawa mana-mana manusia yang memilih, menyokong dan membela pemimpin seperti puak UMNO ni, turut sama bersubahat menanggung dosa dan wajib menjawabnya depan Allah kelak.
Sekiranya UMNO terus berkuasa, maka semua pengundi-pengundi rakyat asing akan diberi layanan yang istimewa oleh pemimpin UMNO sebagai membalas jasa mereka member kemenangan kepada UMNO, sebaliknya orang Melayu akan menjadi pengemis di Negara sendiri. Pendatang asing yang punya mykad dan menjadi pengundi UMNO akan naik tocang dan akan menunjukan kuasa mereka kerana mereka akan dilindungi oleh pemimpin gila dan celaka.
Cukuplah lebih 50 tahun UMNO berkuasa, Negara hampir bangkrap kerana rompakan mereka terhadap harta rakyat dan Negara. Hanya Melayu bodoh dan tolol akan terus mengundi UMNO celaka ini semata untuk menjaga poket sendiri tanpa memperdulikan jiran tetangga yang terus derita akibat didera dan ditindas tanpa mengira waktu dan masa. Umat Muhammad tidak akan melakukan perbuatan terkutuk lagi keji ini. Hanya akhlak dan tindakan Abu Jahal dan Abu Lahab saja yang menjadi idola puak UMNO dulu, kini dan selamanya.
Puak-puak penguasa sangat takut jika UMNO tersungkur pada PRU13 nanti bukan kerana pentingkan Negara atau hidup rakyat tak terbela tetapi bimbang segala kemungkaran, penyelewengan, salahguna kuasa dan rompakan harta Negara akan dibongkar kelak yang akibatnya mereka semua akan ke penjara….akhirnya rakyat akan buka mata dan baru sedar rupanya selama ini mereka semua kena tipu belaka oleh pemimpin mereka yang celaka dan hina.
Hanya golongan syaitan dan iblis yang bertopengkan manusia akan terus menyokong dan mengundi UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan