"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa disebalik kerajaan UMNO BN

puspawangi
53 tahun menguasai Malaysia dengan membentuk sebuah kerajaan secular secara sedar atau pun tidak, umno hanya mewarisi pentadbiran inggeris. Jika felda dikatakan hasil usaha umno, pihak inggeris yang mula membuat ladang-ladang di Tanah Melayu ini dan hasilnya dibawa balik ke negara mereka. Rakyat hanya diberikan remah yang jatuh di pinggan pihak inggeris. Inggeris jugalah yang memperkenalkan dadah di Tanah Melayu ini seperti candu dan ganja bagi melalaikan anak tempatan demi tujuan mereka. Pelbagai budaya dari kesan penjajah dan social yang ditinggalkan oleh inggeris dapat dilihat, termasuk pelacuran di lombong-lombong bijih.

Setelah rakyat bangkit menuntut kemerdekaan, pihak inggeris walaupun berat untuk melepaskan, mereka masih mahu mendengar suara rakyat. Sistem pilihanraya diadakan. Setelah gagal memenangi pilihanraya, pihak inggeris berundur dan memberi kemerdekaan di Tanah Melayu ini.

Siapa disebalik umno ini? Kenapa pemimpin mereka begitu takut untuk melepaskan pentadbiran negara. Sanggup melakukan apa saja termasuk memperkudakan pihak berkuasa. Melemahkan kuasa sultan, ISA dan demokrasi semakin terhakis. Jika umno selama ini berkerja untuk rakyat tanpa rasuah atau kroni dan salah guna kuasa, kenapa harus takut untuk berundur dengan hormat. ex-KPN yang lepas pernah bersuara ada pihak yang mengganggu kerja polis. Siapa pihak ini? Mafia Itali, samseng cina atau sekelompok bangsa Melayu yang berketurunan barua. Barua sama macam pengkhianat. Di zaman Kesultanan Melayu Melaka dah ada.

Adakah barua ini yang memerintah Malaysia. Segala kegiatan yang berlandaskan nafsu semakin bercambah di Malaysia ini, seperti tiada jalan penyelesaian walaupun lebih 50 tahun umno memerintah. Berbilion ringgit wang haram keluar dari Malaysia masih tiada jawapan. (Adakah yang berbilion ringgit itu kerja seorang konstebel polis, ini dirujuk oleh persepsi masyarakat terhadap PDRM.)

Mungkin umno bn mendapat tekanan dari barua ini sehingga Najib sanggup mengeluarkan kata-kata "kita akan pertahankan Putrajaya hingga titisan darah terakhir". Perlukah bermandikan darah? Darah siapa yang akan tertitis? Hanya barua yang tidak tahu menilai erti darah kerana hidup mereka penuh dengan nafsu dunia. Segala kementerian dan jabatan kerajaan duduk di bawah kuasa barua ini menjadi kadam dengan dijamukan daging babi (kata mahadir kepada yang makan rasuah) bagi tujuan terus berkuasa di Malaysia yang mana rakyat didendangkan dengan lagu umno "umno terus mara... tipu rakyat jelata..."

Tiada ulasan: