"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis halang ceramah Anwar di Kuching


KUCHING: Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.

Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.
Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis.
Lebih teruk, pembesar suara turut dipadamkan dan Anwar terpaksa berucap tanpa menggunakan pembesar suara.

Seorang pegawai polis yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mun, dipercayai dari Balai Polis Daerah Kuching tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan secara terbuka, meskipun rundingan dilakukan
Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit.
Meskipun diganggu polis, ia tidak mengahalang kira-kira 1000 penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair.
Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata,  polis dipaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan arahan pimpinan BN di Sarawak yang disifatkan semakin angkuh.
“Saya tahu, sudah tentu ia arahan daripada pihak atasan. Polis hanya menjalankan tugas.

“Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong.  Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan,” kata Anwar sambil disambut tepukan daripada mereka yang hadir.
Turut menyertai program berkenaan Adun Padungan, Dominic Ng dan Ketua Angkatan Muda Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Tiada ulasan: