"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seramai 257,000 Anak Tidak Sah Taraf Didaftarkan Di Selangor





SHAH ALAM, 1 APRIL: Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam , Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor kini sudah mencecah jumlah yang 'sangat besar' dan angka sebenar masih tidak diketahui berikutan terdapat kes kelahiran anak luar nikah yang tidak didaftarkan.

Menurut Dr Hassan, berdasarkan statistik sedia ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan di Selangor.

Dr Hassan berkata demikian bagi menjawab soalan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berhubung jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

Jelas Dr Hassan, bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Tambah Dr Hassan, Jais juga tidak mempunyai jumlah pegawai penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini.

"Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 125,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa Jais akan dapat ditambah.
-tvsnews-

Tiada ulasan: