"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bolehkan YB Salahudin Ayub diterima sebagai PJ Selangor?

albangi
YB Salahuddin mendapat undi tertinggi dalam pemilihan di Muktamar PAS baru-baru ini. Beliau telah menunjukkan prestasi yang baik ketika memikul amanah sebagai Naib Presiden.

Di Selangor, iklim PAS tidak begitu ceria dengan pimpinan yang ada sejak 4 tahun kebelakangan ini. Apatah lagi dengan pertembungan antara YB Shah Alam dengan YB Gombak dalam parti yang sama menyebabkan banyak gerak kerja parti tidak berjalan lancar. Apakah mungkin PAS Selangor memerlukan pimpinan baru?

Selangor terkenal dengan orang mendatang. Ramai ahli Parlimen PAS di Selangor juga adalah orang luar Selangor. PAS Selangor boleh menerima orang luar PAS untuk bertanding di Selangor. Kejumudan berfikir dan sikap asobiyyah kedaerah sebenarnya telah dikuburkan lama oleh PAS.

Kelantan adalah contoh terbaik dalam mencairkan semangat asobiyyah kedaerahan dan kenegerian ini. Di Kelantan, Salahudin diterima bertanding di Kubang Kerian. Dr Hatta diterima di Kuala Kerai. Dan Ustaz Nasharuddin diterima di Bachok untuk bertanding kerusi Parlimen.

Terengganu juga pernah memberi tempat kepada Mat Sabu untuk bertanding di Kuala Terengganu dalam PRU yang lepas, selain daripada Mat Sabu pernah menjadi ahli Parlimen di Kelantan.

Kesemua ini menunjukkan PAS sudah mampu menginggalkan fahaman asobiyyah kedaerah dan kenegerian. PAS Selangor juga begitu, tetapi apakah PAS Selangor bersedia menerima YB Salahuddiin Ayub sebagai Pesuruh Jaya PAS baru mereka?

YB Salahudin Ayub dilihat muda dan gagah, berpengalaman dalam parti sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat dan kini Naib Presiden PAS, dan imej beliau sebagai orang kebanyakan dan profesional boleh diterima oleh pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Seperti juga Mat Sabu yang diterima oleh rakyat marhaen, wanita, mak yah, anak muda, mat rempit, remaja berseluar jean dan berpakain ketat, profesional, ulamak, Salahuddin Ayub juga tidak kurang hebatnya dan diterima oleh rakyat Selangor walaupun beliau junior sedikit dari Mat Sabu. Wajah dan kelibat Salehudin sentiasa berada di Selangor biarpun beliau berasal dari Johor dan menjadi ahli Parlimen di Kelantan.

Kalau PAS Selangor masih berterusan dengan pimpinan yang ada pada hari ini dari Selangor, sudah pasti PAS Selangor tidak akan pergi jauh dan kemenangan dalam PRU13 tidak meyakinkan. YB Salahuddin akan berjaya mendamaikan dua kelompok dalam PAS di Selangor. Dalam seerah nabawiyyah kita melihat bagaimana faktor orang ketiga iaitu Nabi s.a.w. berjaya mendamaikan kelompok 'Aus dan Khazraj yang bermasam muka serta bermusuhan dan berada di jurang api neraka. Atas nama Islam dan nama Iman, mereka boleh berdamai dan kembali kepada Islam dengan adanya Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun Salehuddin Ayub bukan Nabi, tetapi faktor orang ketiga yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan DIPERLUKAN untuk mendamaikan dua kelompok dalam PAS Selangor seterusnya mengukuhkan PAS Selangor jika PAS mahu membawa mengekalkan kemenangan PR di Selangor dan memacu gelombang untuk menawan Putrajaya. Atas nama Islam, Iman dan risalah perjuangan PAS, kita percaya dua kelompok dalam PAS Selangor ini boleh berdamai dan kembali ke landasan perjuangan yang menjatuhkan UMNO-BN di peringkat persekutuan.

YB Salahudin boleh dikira sebagai orang ketiga yang boleh mengukuhkan PAS Selangor

Tiada ulasan: