"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Belajar dari Siam


Subky Latif
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9cUfZse3Os4fiKcdk6a8TUZPucQbSHh_fIkfsDGQjfqxTsQQt4PtVI8nGJ5g5AJO4MDqXDk1L-UekFQ6WvFZQdXNF0rW7LUZ-XILsMbKrH8L2b1P9N2qAt_G65CRUU9RNifQQDgmdGgo/s400/Rakyat-Thailand-Mula-Mengundi.jpgSeorang sahabat memberitahu, dia bercakap dengan seorang pengusaha restoran tom yam berasal dari Pattani, Selatan Thailand.Pengusaha itu ditanyanya, adakah dia balik mengundi dalam Pilihan Raya Umum di Thailand baru-baru ini?

Jawanbya, dia dan rakan-rakannya semua balik mengundi.
Siapa yang mereka undi?
Jawabnya, parti Thaksin.
Mengapa?

Mengikutnya dia dibayar kira-kira RM300 seorang untuk mengundi parti itu. Jika dalam satu keluarga atau isi rumah itu lima enam orang, bayangkan banyak mana satu keluarga itu dapat?

Dalam pilihan raya sebelum Thaksin digulingkan pengundi-pengundi dari wilayah selatan negara itu tidak mengundi parti Thaksin disebabkan oleh kezalimannya terhadap penduduk Islam.

Tetapi sekarang mereka mungkin sudah lupa kepada bencana Thaksin terhadap mereka dulu, justeru pengaruh duit yang ditawarkan parti klon Thaksin itu.

Duit Thaksin yang didapatinya selama berkuasa dulu tidak habis selagipun dia hilang kuasa. Dengan belanja yang dicurahkannya, dia berbaloi kerana klonnya berkuasa selepas pilihan raya itu.

Malaysia sekarang sudah berada di ambang pilihan raya dan demam itu sudah mulai dirasa terutama perayaan hari raya idil fitri.

Perdana Menteri dan menteri bukan saja sudah turun padang, tetapi menteri-menteri itu telah diarahkan supaya turun padang.

Menjang Aidilfitri, Perdana Menteri mengumumkan memberi bonus RM500 kepada semua kaki tangan kerajaan di bawah kerajaan Barisan Nasional termasuk kerajaan-kerajaan negeri hingga mendorong semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat memberi bonus yang sama.

Banyak pihak di kalangan rakyat mendapat limpahan kemurahan hati kerajaan. Pemandu teksi misalnya diumum Perdana Menteri diberi duit raya.

Umno Bahagian bahawa mereka tidak peruntukan untuk memulakan gerakan pilihan raya, maka Timbalan Perdana Menteri dengan spontan menjanjikan peruntukan ratus ribu akan dicurahkan kepada setiap Bahagian Umno.

Sebelumnya tidak pernah pemimpin Umno mengumumkan untuk memberi ratusan ribu kepada bahagian-bahagian Umno tetapi adalah rahsia umum bahawa duit memang sentiasa mencurah kepada mereka setiap kali pilihan raya. Tetapi kali ini Umno mengumum minta duit dan pemimpin Umno pula mengumumkan untuk memberi duit.

Sekali pun kerajaan mengambil langkah menghapuskan setengah sabsidi dan tidak dapat mengawal kenaikan harga barang-barang keperluan, tapi kita takut dengan langkah kerajaan dan Umno mula menabur wang kepada orang ramai, hingga rasakan dapat melupakan rakyat tentang beban potongan sabsidi dan kenaikan harga barang itu.

Dulu-dulu pun pemimpin kerajaan dan Umno sudah menabur wang setiap ada pilihan raya. Ia sudah dikira boros sekali pun Perdana Menteri dan menteri kewangan bukan orang yang sama.

Semua berasa ngeri apabila Dr Mahathir Mohamad mula menjadikan tradisi Perdana Menteri juga menteri kewangan. Sekalipun Perdana Menteri yang berbeza dengan menteri kewangan tidak banyak dapat menghalang Perdana Menteri memerintahkan apa-apa kepada menteri kewangan, tetapi apabila Perdana Menteri dan menteri kewangan adalah orang yang sama, kuasa menggunakan duit pembendaharaan yang banyak sekatan lagi.

Dr Mahathir dulu sudah dirasakan terlalu boros dan tidak teragak-agak untuk membelanjakan duit kerajaan, tetapi Perdana Menteri Najib Razak yang sama naik dengan isterinya adalah dirasakan lebih mewah dan boros dalam sejarah Malaysia setakat ini, dia adalah Perdana Menteri dan menteri kewangan dan isterinya menjadikan dirinya Wanita Pertama.

Tiada siapa dapat menyekat Najib berbelanja dan isterinya pula lebih tidak dapat disekat.

Gelagat Najib itu lajakan dari orang-orang sebelumnya. Dia belajar dari mereka terutama dalam musim pilihan raya. Dan dia juga mendapat semangat dari yang berlaku di sebelah sempadan Siam. Duit Thaksin dipercaya membawa pro Thaksin berkuasa, maka satu dari cara bagi Najib mengekalkan kuasa ialah membelanjakan apa yang ada dalam kantung kerajaan lebih galak dari Dr Mahathir.

Tidakkah Sukarno juga mengeringkan kantung negaranya dulu. Bila kantung kering, orang pun mencetak duit. Tidak mungkinkah Malaysia akan menuju masa mencetak ringgit bila ringgit tidak mencukupi.

1 ulasan:

hussin berkata...

Pengundi2 yang sama akan mengundi di pru 13. Mereka lupa apa thaksin buat di selatan thailand. Mereka gadai bukan sahaja maruah tetapi juga perjuangan mereka. Mereka akan turun untuk mengundi umno di kelantan dan kedah. Adalah tepat hanya dengan mengadu kepada Allah swt sahajalah cara untuk berdepan dengan penipuan umno! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, AllahuakbarWalillahilhamd