"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Mat Sabu Diserang Tanpa Usul-Periksa


PERMATANG PAUH 2 SEPT: Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Mohamad Sabu, sepatutnya diberi ruang untuk menjelaskan kenyataannya berhubung peristiwa Bukit Kepong sebelum dikecam tanpa usul-periksa.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media arus perdana bertali-arus mengecam Mohamad Sabu tanpa mengizinkan beliau menjelaskan keadaan sebenar.
"Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada Mohamad Sabu. Beliau bukan saja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang," jelas Anwar.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di majlis rumah terbuka Aidilfitri Kubang Semang, Permatang Pauh, semalam.
Media hampir setiap hari menyerang Mohamad Sabu dalam isu membabitkan dakwaan membela komunis di satu ceramah di Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.
Sementara itu, Mohamad Sabu berkata beliau akan memberi kerjasama dalam siasatan polis berhubung kenyataannya itu.
Polis berkata siasatan dibuka di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan. Polis belum memberi tarikh untuk beliau hadir disoal-siasat.
"Saya tidak perlu minta maaf, biar polis siasat," katanya. 
Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa ketua gerombolan komunis yang menyerang Balai Polis British di Bukit Kepong adalah wira negara.
-tvsnews-

Tiada ulasan: