PLANET berlian seperti yang digambarkan oleh penyelidik Pusat Astrofizik Institut Harvard Smithsonian di Amerika Syarikat (AS).
MANCHESTER, Britain: Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.
Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di sini menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar.
Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.
Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England.
Planet berlian itu memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar daripada Bumi.
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan