"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

K'tangan 'keras kepala' jejas pentadbiran S'gor

xavier jayakumar pc 190110 01
Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi masalah dengan "kakitangan awam negeri yang keras kepala” berbulan-bulan lamanya setelah mengambil pemerintahan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.


Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu.

Kakitangan berkenaan, menurut laporan yang memetik Jayakumar sebagai berkata, "terikat dengan kerajaan BN (bekas) Perdana Menteri Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan usaha BN bagi menetapkan struktur selari bagi mengalihkan dana daripada disalurkan kepada kerajaan negeri”.

Kabel nota diplomatik yang dihantar oleh kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kepada Jabatan Negara di Washington DC itu didedahkan oleh portal pembocor maklumat Wikileaks. Menurut laporan itu, Jayakumar juga mengadu pada September 2008 bahawa penjawat awam mempunyai "kesetiaan yang mendalam" terhadap bekas kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno.
dap mbpj billboard eyesore 010806 obstruction
Jayakumar juga dilaporkan memberitahu bahawa pegawai kanan kerajaan negeri juga mengingkari arahan kerajaan Pakatan supaya tidak merobohkan mana-mana tempat ibadat atau membenarkan papan iklan baru didirikan, kerana terdapat banyak aduan bahawa wang daripada papan iklan tersebut disalurkan ke dalam akaun persendirian.

ADUN Seri Andalas itu dalam pertemuannya dengan duta Amerika ke Malaysia pada 11 September tahun berkenaan berkata "kebanyakan kakitangan awam peringkat negeri "dibayar dan ditadbir oleh kerajaan persekutuan". Tindakan itu mengehadkan kuasa kerajaan negeri terhadap mereka.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: