BERPULUH lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat. Bezanya, tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.
Secara umumnya daerah San Francisco tidak melarang perbuatan berbogel di khalayak ramai, namun baru-baru ini seorang pemerhati bandar telah mengusulkan satu undang-undang kawalan terhadap amalan itu.
Pemerhati, Scott Wiener menyarankan agar dikenakan peraturan untuk mengenakan pelindung bahagian kemaluan di restoran.
Beliau juga mengesyorkan agar orang ramai yang ingin berbogel menutup bahagian pinggang ke bawah ketika berada dalam kenderaan awam.
Namun apabila ditanya, Mitch Hightower, penganjur tunjuk perasaan bogel itu berkata, gerakan pihaknya adalah untuk menggalakkan penerimaan terhadap anggota badan manusia tanpa mengira apakah bentuk dan rupanya, bukan untuk menentang cadangan terhadap undang-undang itu.
Orang ramai yang lalu lalang di situ kebanyakkannya tersenyum melihat gelagat para peserta demonstrasi bogel itu. Segelintir mereka berhenti seketika untuk bergambar bersama lelaki-lelaki bogel.
"Saya langsung tak rasa malu pun," kata Michael Zaverton, 58 salah seorang peserta yang ditemubual.
Bagaimanapun dia mengakui tidak pasti sama ada akan menyertai lebih banyak demonstrasi bogel seperti ini di lain waktu.
"Ia memerlukan keyakinan sedikit kerana kebanyakkan lelaki-lelaki ini, tidak memiliki badan yang cantik," tambahnya lagi dalam nada bergurau.
http://freemalays.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan