"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes liwat: Jelaskan pertemuan dengan Saiful, Anwar kata PM dan Rosmah

Debra Chong



KUALA LUMPUR, 28 Sept: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi yang relevan dalam kes liwat dihadapi Ketua Pembangkang itu.

Dalam afidavit balas ke atas permohonan Najib yang difailkan hari ini, Anwar berkata beliau memerlukan Presiden Umno itu datang ke mahkamah bukan untuk menunjukkan beliau terlibat dalam "konspirasi tetapi bagi mendapatkan penjelasan" tentang pertemuannya dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008 iaitu dua hari sebelum dia mendakwa diliwat.
Anwar (gambar) juga membangkitkan poin yang sama dalam afidavit balas ke atas permohonan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata Rosmah ada memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes liwat iaitu DSP Jude Pereira.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Najib dan Rosmah esok agar dikecualikan daripada menghadiri sebagai saksi perbicaraan peringkat pembelaan sekarang.
Perbicaraan disambung pada 3 Oktober ini.

"Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa 'keluarkan sepina, saya akan datang," kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.<

Anwar mengulangi bahawa beliau kecewa dengan sikap Najib tidak menunaikan kata-katanya.

"Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes," kata peguam Anwar, Sankara Nair dengan merujuk kepada kandungan afidavit Najib dan Rosmah.

"Kami kata ia penting," kata Sankara.
Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: