"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parlimen bersidang di dewan baru: Kerusi Anwar dan Najib lebih dekat

 Detikdaily
KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen akan datang tentunya akan lebih menarik kerana ia dikatakan persidangan Dewan Rakyat yang terakhir, yang menyaksikan pembentangan bajet untuk PRU13. Dan istimewanya persidangan tersebut adalah di premis yang baru,

Projek menaiktaraf bangunan dewan serbaguna sedia ada untk dijadikan Dewan Rakyat yang baru adalah dilaksanakan secara rundingan terus kepada TRC Corporation Sdn Bhd, menggunakan Kaedah Arahan Perbendaharaan 66, dengan kos muktamad rundingan sebanyak RM31.5 juta dan tempoh pembinaan adalah selama 5 bulan.

Walhal kos siling yang diluluskan untuk projek di atas adalah sebanyak RM24 juta, iaitu peningkatan hampir 50 peratus. (Biasalah, projek rundingan terus adalah peluang kroni meraih laba besar).

Adalah difahamkan projek naiktaraf bangunan Dewan Rakyat sedia ada akan dilaksanakan pada awal tahun 2012 dan dijangka siap pada tahun 2014.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pernah membangkitkan dalam persidangan yang lepas, kenapa projek di atas dibuat tidak melalui proses tender terbuka bagi membolehkan kerajaan mendapat harga yang lebih kompetetif dan peluang yang sama kepada kontraktor yang lain.

Menteri Kerja Raya hanya memberi jawapan bahawa TRC dipilih berdasarkan rekod mereka sebelum ini.

Dewan Rakyat akan terus bersidang menggunakan dewan yang baru dan ianya adalah secara sementara sahaja. Selepas Dewan Rakyat sedia ada dinaiktaraf, maka ia akan dipindahkan semula ke tempat yang asal.

Kedudukan bangunan Dewan Rakyat sekarang tidak dapat dipastikan selepas itu.

Uniknya bangunan Dewan Rakyat yang baru ini adalah jarak di antara kerusi Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang adalah dekat dan tentunya perbahasan di Dewan Rakyat pada kali ini adalah lebih menarik lagi. Mungkin mengambil semangat Parlimen Britain kot? Sama-sama kita saksikan nanti.

Tiada ulasan: