"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nenek miang ditahan ketika memadu asmara dengan dua lelaki muda

KULIM: Tindakan seorang nenek bercucu dua cuba memadu asmara dengan teman lelakinya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel di sini, mengundang padah apabila pasangan berkenaan ditahan dalam operasi cegah maksiat, semalam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berusia 50 tahun dan berasal dari Pulau Pinang berkenaan ditahan bersama dua lelaki berusia 23 tahun dalam bilik di hotel terbabit.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), berkata berdasarkan maklumat, sepasukan lima pegawai penguat kuasa bergegas ke hotel terbabit lalu mengetuk pintu bilik sambil memperkenalkan diri untuk melakukan pemeriksaan. Menurutnya, seorang lelaki membuka pintu tidak lama kemudian dan anggota penguat kuasa yang masuk ke bilik itu yang mempunyai sebuah katil menemui seorang wanita bersama seorang lelaki lain.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki dan wanita terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan.

“Hasil soal siasat juga mendapati wanita terbabit sudah bercerai dengan suaminya dan mempunyai dua anak serta dua cucu. Seorang daripada lelaki terbabit adalah teman lelakinya yang bekerja di kilang sama di Kulim Hitech, di sini,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sepasang kekasih terpaksa bermalam di Penjara Pokok Sena, Alor Setar selepas gagal membayar wang ikat jamin bernilai RM1,500 setiap seorang selepas ditahan kerana melakukan maksiat, semalam.

Jurucakap itu berkata, pasangan berusia 26 dan 22 tahun terbabit ditahan anggota penguat kuasa PADK selepas dipercayai berasmara dalam bilik sewa wanita berkenaan di pekan Kulim, di sini, sebaik menerima maklumat awam, jam 1.30 pagi.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan, tetapi mereka gagal membayar wang ikat jamin RM1,500 menyebabkan ditempatkan di Penjara Pokok Sena sementara menunggu kes disebut di Mahkamah Syariah,” katanya.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah Tahun 1988 jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
-hmetro-

Tiada ulasan: