"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu Jelmaan Mat Indra

Mohd Sayuti Omar

BEBERAPA persoalan untuk difikir dan renungkan di sebalik isu komunis, Mat Sabu, Mat Indra dan Umno. Beberapa pemimpin Umno mengencam Mat Sabu kerana beranggapan Mat Indra yang terlibat dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tahun 1950 dan beranggapan Mat Indra sebagai menyokong komunis.


Mat Sabu pula menolak yang dia komunis atau menerima fahaman komunis. Beliau telah menjelaskan sikap atau pendiriannnya terhadap perkara itu.

Beliau juga menjelaskan beberapa tokoh pejuangan rakyat termasuk yang berfahaman sosialis, komunis bagi menunjukkan dia kagum dengan tokoh-tokoh pejuang itu.

Umno nampaknya terus membutakan hati dan mata buat-buat tidak faham dengan penjelasan itu dan galak cuba mengaitkan Mat Sabu sebagai komunis. Dalam masa sama juga Umno cuba memainkan sentimen para keluarga 25 anggota polis yang berkhidmat dengan British - penjajah di Rumah Pasong berkenaan.

Umno mahu keluarga 25 anggota polis itu kesal dan marah kepada Mat Sabu. Dalam masa sama untuk menarik perhatian orang Melayu supaya membenci Mat Sabu dan menolak Pas dan Pakatan Rakyat.

Mat Indra pula dari cuplikan sejarahnya dia tidak komunis. Tuduhan dia komunis dibuat oleh British yang kemudian menulis sejarah meletakkan Mat Indra sebagai komunis. Kerajaan negeri Johor dibawah Umno mengikhtiraf Mat Indra sebagai pejuangan. Namanya dicatat dalam sebuah buku dan diikhtiraf dengan pejuangan.

Dalam susur galur yang dibuat Mat Indra rupanya murid kepada ayah Udin anak Yassin yang menjadi Timbalan Perdana Menteri kini. Udin anak Yassin meminta Mat Sabu bertaubat atas apa yang berlaku. Kalau Mat Indra menjadi murid kepada ayah Udin, kemungkinan ayah Udin juga komunis?

Soalnya kenapa Umno tidak mengutuk Mat Indra kalau dia benar seorang berfahaman komunis? Tidak kedengaran ada pemimpin Umno mengecam Mat Indra seperti mana British mengutuknya menerusi fakta sejarah yang dipesongkan itu. Kalau Mat Indra komunis dan benar mengetai serangan ke atas Rumah Pasong itu Mat Indra perlu dikutuk dan dikecam habis-habisan. Atau buku berjudul "Pengukir Nama Johor" yang diterbitkan oleh Yayasan Johor itu patut dibakar.

Apakah Mat Indra tidak komunis bagi Umno? Kalau Mat Indra bukan komunis maka betul dan benarlah tanggapan Mat Sabu yang pejuang kemerdekaan sebenar dalam konteks peristiwa di Bukit Kepong itu Mat Indra dan bukan 25 anggota polis yang berkhidmat mempertahankan kuasa penjajah British. Saya sudah kata jangan kerana mereka Melayu dan Islam maka mereka secara automatik dianggap sebagai benar dan wira?

Fikir dan renunglah dengan hati yang jilan mengenai persoalan ini. Kepada saya jelas yang Umno marah bukan Mat Indra tetapi Mat Sabu. Pada saya juga Mat Sabu itu adalah jelmaan daripada roh Mat Indra. Orang bernama Mat ini semuanya berani dan tegas kecuali Mat Maslan

Tiada ulasan: