"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapalah Pn Sharifah@Latipah ni haiiiiiii????

adick
Petang tadi, Isnin 5/9/2011 sedang memandu kereta, tiba-tiba terdengar berita ringkas jam 3:00 petang antara tajuk Pn. Sharifah, salah seorang balu Polis Peristiwa Bukit Kepong mohon bantuan Pencen suaminya selepas meninggal dunia pd tahun 1965. Selepas peristiwa Bukit Kepong pada 23/2/1950.

Cuba Saudara2 sekalian bayangkan, selepas meninggal dunia pd tahun 1965, Pn. Sharifah tidak mendapat apa-apa pampasan/pencen daripada Kerajaan British dan Persekutuan sehingga kini telah berlarutan hingga 46 tahun. Jika dia ada anak pd waktu itu, anaknya kini telah pula dewasa dan matang.

Pada pendapat saya, Pn. Sharifah ini tidak layak untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan. Sekarang, ini kerana suaminya berkhidmat dengan penjajah British E II R yang menjajah Tanah Melayu. Sedangkan Perwira Negara Allahyarham Mat Indera pun tidak mendapat apa-apa penghormatan demi mempertahankan Tanah Melayu. Dengan ini, saya mengesyorkan apakah Pn. Sharifah ini masuk Kelab Putra Satu Malaysia dan berkhidmat di luar negara yang sedang bergolak agar apabila mati kelak akan dapat RM500,000 daripada kerajaan kini seperti apa yang berlaku pd Allahyarham Noramfaizul kita. Ramai pemimpin kita suka rakyatnya berkorban untuk luar negara daripada negara sendiri.

Mudah-mudahan, suatu hari nanti salah senorang Sultan Tunggul Kayu kita akan mengurniakan pingat "Dato' Perwira" kepada Allahyarham Noramfaizul yg telah berkorban untuk negara luar.

Malam tadi jam 8:30 malam di Buletin Utama TV3, salah senorang anak polis peristiwa Bukit Kepong, Pn. Jamilah bt Abu Bakar tidak mahu menerima kunjungan YB Mat Sabu sebab merajuk. Itu tidak mengapa orang tak nak, kita tak perlu memaksa. Kepada YB Mat Sabu, usaha perlu diteruskan dengan sabar. Yang merajuk itu, biarkanlah. Sebab masih ada lagi golongan UMNO totok dalam Negeri Johor. -Sekian-

Alfatihah buat Allahyarham Mat Indera Perwira Negara,
Alfatihah buat Allahyarham Dato' Perwira Noramfaizul.

AMIN...
-tko-

Tiada ulasan: