"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara profesor 'kangkung' dan 'kongkang'

Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.
pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu “tidak elok”.

“Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah.


"Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah,” kata Mohamad.

Semalam, PAS Johor juga 
mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.
upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimKhoo (kanan) sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.

Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.

Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari "kedua-dua belah gabungan politik" dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.

Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang “tidak sana dan tidak sini” dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).
after permatang pauh 916 an oppotunity to change forum 100908 hishamuddin raisKatanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.

“Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan 'kongkang' terus memperbodohkan rakyat,” katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai “jenayah” dalam akademik.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: