"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Indera murid bapa Muhyiddin dan hampir jadi abang ipar TPM

NONE
Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah - semalam.

Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.

Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Dibuang daerah, diseksa British

Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".

Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:


  1. Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
  2. Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
  3. British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
  4. Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
  5. Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
  6. Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
  7. Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
  8. Mat Indera tidak pernah berkahwin.
-malaysiakini-

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Kami teringin sangat tengok PAS macam dulu, ada matlamat perjuangan Islam! tapi la PAS dah jadi caca-marba...buang perjuangan Islam ambik pulak negara Kebajikan dah tu promote perjuangan Komunis...katanya(Kal Marxt Sabu) sealiran dengan perjuangan Islam!...apa ni? betui la kata orang DAP ganti PAS!
Ramai yang mengharapkan PAS ganti UMNO....tapi kini kecewa! Laa PAS tak berani sebut pasai Hudud atau pun Perjanjian Madinah masa ceramah atau tazkirah macam dulu-dulu....takut kat DAP!
PAS dah ada kuasa di Kelantan, Kedah, Selangor dan PPinang...kenapa tak cuba ubah perlembagaan negeri ikut perlembagaan Islam yang dilaung-laungkan dulu? Kalau kat ceramah bukan main lagi kata kita akan gantikan perlembagaan kafir(Lord Reid kata Ali Setan) dengan perlembagaan Islam!
Inilah masanya untuk PAS membuktikan yang ianya layak menggantikan UMNO yang dikatakan Sekular, Rasuah, Perkauman dan sebagainya.
Buktikan PAS itu lebih baik dari UMNO.