"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bill Perubatan Mat Sabu : Jawapan Buat Pencacai UMNO

AnakSgDerhaka

Bila tak dijawab isu Bill Perubatan Mat Sabu ini.. ada pencacai UMNO mengatakan Guan Eng cuba mengelak dari menjawab kononnya Mat Sabu menyelewang dana Perbadanan Bekalan Air (PBA) ini..


Bila dijawab pula.. ada pula pencaci UMNO mengatakan jawapan Guan Eng dalam isu ini mencurigakan...

Kelmarin Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu sidang media mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu bill bayaran perubatan hospital Mat Sabu yang dijadikan kontroversi oleh UMNO itu.

Sebelum itu Blogger UMNO begitu galak menyebarkan fitnah tentang isu ini..

Beliau membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat tuntutan.

Persoalan kedua dibangkitkan ialah mengenai jumlah pembayaran kepada pemimpin Pas itu melebihi daripada jumlah ditetapkan hospital swasta yang merawat Mat Sabu, PBAPP meluluskan pembayaran sebanyak RMRM8,434.05 sedangkan kos perubatan hanya RM5,060.54 iaitu melebihi RM3,373.50.

Untuk persoalan pertama.. Pulau Pinang kini adalah dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat oleh itu secara tidak langsung PBA juga terletak dibawah kuasa Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Yang melabelkan perhimpunan BERSIH 2.0 itu sebagai haram adalah kerajaan Barisan Nasional yang tak ada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukannya Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Jika ianya tidak diharamkan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang, maka tuntutan tersebut adalah layak..

Persoalan kedua pula.. korang tengoklah video penjelasan dari Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa di (SINI)

Berikut pula adalah penjelasan dari Guan Eng..

Hentikan fitnah, pembangkang digesa tunjuk kesemua resit perubatan Mat Sabu

GEORGETOWN - Pihak pembangkang Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana Perbadanan Bekalan Air (PBA).

"Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk...saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang)," ujar beliau.

Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.

Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.

Lim berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ Selangor sahaja.

Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.

Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.

Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.

Tiada ulasan: