Agensi
Atlanta: Satu petisyen dalam talian yang menggesa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyingkirkan Argentina daripada Piala Dunia 2026 dilaporkan sudah mengumpulkan lebih enam juta tandatangan di tengah-tengah kontroversi yang menyelubungi kempen juara bertahan itu.
Petisyen berkenaan disiarkan menerusi laman web argentinaout.com, namun laman tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan FIFA atau mana-mana persatuan bola sepak kebangsaan.
Menurut laman itu, Argentina didakwa menerima layanan istimewa daripada FIFA dan pengadil sepanjang kejohanan, justeru Lionel Messi dan rakan sepasukannya perlu disingkirkan bagi memastikan keadilan kepada pasukan lain.
"Jelas sekali FIFA dan pengadil memihak kepada Lionel Messi dan Argentina. Mengapa pasukan lain perlu terus bersaing jika juara sudah ditentukan? Singkirkan Argentina daripada Piala Dunia dan berikan peluang yang adil kepada semua," menurut kenyataan yang dipaparkan di laman berkenaan.
Sehingga jam 7 malam semalam, petisyen itu dilaporkan menerima lebih enam juta tandatangan.
Bagaimanapun, ketelusan dan kredibiliti laman web tersebut tidak diiktiraf, manakala petisyen itu tidak mempunyai sebarang kuasa atau kesan dari sudut undang-undang.
Keputusan mengenai kelayakan sesebuah pasukan untuk terus beraksi di Piala Dunia hanya terletak di bawah bidang kuasa FIFA.
Justeru, Argentina kekal dijadualkan menentang England pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 di Atlanta, awal pagi esok.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan