EDISI GEMPAR!.. Pelancaran Jentera Keadilan Pilihanraya DUN N25 Kajang Tiada Mendapat Sambutan, Kena Boikot... Dewan Kosong Lengang?????
Kesiannnn!!!!... Nampaknya DSAI sudah kena pulau dan boikot bukan saja oleh penduduk dan pengundi berdaftar DUN N25 Kajang tetapi para petugas dan sukarelawan KEADILAN sendiri.
Mesti para pemimpin UMNO/BN tersenyum lebar apabila dimaklumkan akan berita riang ini.
Cuba lihat rakam gambar-gambar diatas ... mana ada orang... gambar paling atas lagi dahsyat... kosong betul sebab dirakam jam 6.00 petang sedangkan program bermula jam 9.00 malam.
Kalau jam 9.00 malam alamatnya Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang tempat pelancaran itu diadakan sudah pasti penuh sesak sampai melimpah keluar dewan.
Rupa-rupanya senyuman para pemimpin UMNO/BN sekadar sekejap saja.. bila jam mencecah 8.30 malam dewan dah padat.
Ucapan alu-aluan di mulakan oleh YB Tian Chua, diikuti YAB Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali dan seterusnya YB DSAI.DSAI memberitahu kepada hadirin bahawa beliau akan tetap turun padang berkempen sepenuh masa walaupun beliau cukup yakin akan menang.
Secara beseloroh beliau memberitahu... kalau beliau berlawan dengan Datuk Lee Chong Wei dalam pertandingan badminton memang gerenti dia kalah tetapi dalam gelanggang politik beliau cukup berkeyakinan tinggi akan menang... Ins'yAllah.
Ingatkan dengan propaganda jahat isu seks lucah dijaja oleh UMNO siang malam pagi petang di semua media arus perdana milik dan kawalannya, maka tiada rakyat dan sukarelawan nak turun membantu, sebaliknya bertambah ramai yang datang memberikan sokongan.
Itu belum masuk jentera PAS dan DAP rakan sekutu KEADILAN dalam Pakatan Rakyat.
Nampaknya hasrat UMNO/BN mau melihat DSAI kecundang tidak menjadi kenyataan.
Omak Kau cukup yakin DSAI akan menang bergaya dengan majoriti makin bertambah... Ins'y Allah.
Mood rakyat sudah mau melihat UMNO tumbang sebab sudah tidak tahan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap hari.
LAWAN TETAP LAWAN... MENANG KAJANG PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN.
Facebook Suara Rakyat
1 ulasan:
Hebat politik orang penang.. Orang selangor jadi pengundi aje le.. Hidup penang!!
Catat Ulasan