"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr, Asri memberi peringatan kepada BANGSAWAN yang berlagak SAMSENG

Facebook DrMAZA.com 
Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati.

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut.

Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam.

Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...



'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR.

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN...

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka.

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...



Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

Unknown berkata...

Saya sangat bersetuju dengan nasiht dn tegurn Dr MAZA dalam hal ini. Satu demi satu Intitusi Raja2 telah tercicir dari takhta masing2.

Saya nampak yang masih utuh hanyalah Raja Bumiphul Thailand. Walau pun tiada kuasa eksekutif, beliau sangat dihormat.

Tapi yang lain2nya haruslah berwaspada. Pernah berlaku tak lama dulu imuniti raja2 telah dikurangkan. Sebab apa? Kalaulah wajah2 istana yang seumpama ini berterusan, jangaan terkejut satu hari nanti mereka hanya akan ujud dalam muzium, sahaja.

Hari ini yang mempertahankan mereka di dalam istana hanyalah perlembagaan. Buka kredibiliti mereka. Kalaulah rakyat sudah tidak perlu mereka lagi, apa2 saja boleh berlaku.