"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yuran masuk ke MRSM cukup mahal cekik darah rakyat! - Keluhan seorang bapa

omakkau
Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MRSM. Hari ini semasa mendaftar ada lagi bayaran RM385 perlu dibayar.

Saya tidak bersetuju dengan bayaran ini. Total bayaran yg sudah saya bayar utk yuran sahaja RM718. Bagi saya ini terlalu tinggi. MRSM utk membantu Melayu dibawah Mara. Mara juga antara sekolah yg terbesar/terbanyak diseluruh negara. Dengan bayaran RN718 ini adalah tidak munasabah."

Begitulah ayat keluh resah dan tidak puas hati bapa kepada seorang murid yang berjaya terpilih sebagai penuntut di salah sebuah MRSM di negara kita.

Kini kisah itu pun sedang rancak berlegar di alam maya... Perlunya pihak MRSM memberikan penjelasan mengenai yuran yang dikatakan agak tinggi membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

Mohon jangan terpacul ayat...
JIKA RASA MAHAL JANGAN DAFTARKAN ANAK MASUK MRSM... MASUK SAJA MANA-MANA SEKOLAH YANG DIFIKIRKAN TIADA PERLU MEMBAYAR YURAN.

1 ulasan:

Unknown berkata...

BUKAN MRSM SAJA SEMUA SEKOLAH YANG PALING MENGEJUT SEKOLAH UGAMA SAPERTI IZUDIN SHAH DAN TAKYAH IPOH MENCECAH SERIBU.SEKOLAH YANG DIANGGAP KAN SEBAGAI WARISAN PELAJAR UGAMA YANG ULUNG DAH JADI TEMPAT UNTUK MENGUTIP DUIT DARI IBU/BAPA