laniismaa
Rosmah Mansor, isteri PM Najib Razak menyatakan kesanggupan untuk pergi ke Sweden bagi mengadap Raja dan Permaisuri Sweden bagi membawa pulang anak-anak pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di negara itu.
Kata Rosmah dalam sidang akhbar ketika menyambut kepulangan Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7, anak pasangan tersebut di kediamannya di Taman Duta semalam.
“Saya terfikir juga kalau mereka tidak boleh dibawa balik saya akan ke Sweden untuk mengadap Raja dan Permaisuri Sweden meminta bantuan kerana saya mengenali mereka.
“Mereka juga seorang ibu dan bapa yang sangat prihatin kepada anak-anak dan rakyat. Tapi alhamdulilah, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telahpun berjaya membawa kanak-kanak ini balik,” kata Rosmah dipetik Utusan Malaysia.
“Saya harap tolonglah jaga budak-budak ini dengan baik macam anak-anak mereka. Kalau ada masalah beritahu. Kalau saya dan suami dapat bantu kita akan bantu,” kata Rosmah lagi.
Kalau Rosmah yang bawa balik, tentu Najib boleh puji lagi!!
1 ulasan:
guna alasan pergi mengadap , sebenarnya nak pergi shopping sakan
Catat Ulasan