Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.
“Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi.
“Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan