"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nama 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' tapi perangai macam setan

Tawaran RM1200 tampar Teresa Kok

Satu perikatan NGO dikenali sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamkannya.

Tawaran itu dibuat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah yang menjadi pengacara majlis demo ringkas perikatan NGO itu berhampiran Jalan Tun Perak, tengahari tadi.

"Pada mereka yang sanggup menampar Teresa Kok akan diberikan ganjaran RM500.


"Ganjaran ini akan diberikan secara tunai kepada pemuda-pemuda yang berani mempertahankan tanahair.

"Ganjaran ini akan dikumpul dari NGO Jemaah Islam Malaysia," katanya penuh bersemangat.

Beliau mengacarakan perhimpunan itu yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Beliau kemudian mengetuai laungan, "Jahanam Teresa Kok!" sebanyak enam kali dan disambut oleh peserta-peserta lain.

Ia disusuli pula dengan laungan "Petualang mesti dihancurkan dari bumi bertuah ini!" yang turut diulang oleh peserta-peserta lain.


Tawaran luar biasa itu dipercayai dibuat sebagai reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.

Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.

Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .

Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.

Perhimpunan ringkas itu turut disertai beberapa NGO pro-Islam lain dan wakil-wakil mereka turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan.


Pengerusi Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), Datuk Seri Aziz Nani menggesa pihak berkuasa bertindak ke atas Teresa Kok jika tidak mahu mereka bertindak sendiri.

"Ini semua NGO Islam, seandainya pihak berkuasa gagal bertindak terhadap Teresa Kok, kami sendiri akan bertindak seperti yang perlu pada Teresa Kok," katanya tegas.

Sebahagian peserta himpunan sebelum itu memegang poster dengan gambar ayam yang kepalanya diganti dengan kepala Teresa.

Poster itu menawarkan ganjaran RM500 kepada individu pertama yang berjaya menampar Kok dan merakamkannya sebagai bukti.

Tiada ulasan: