"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRK Kajang: Apa kata bekas Sarjan jaga Anwar di lokap Bukit Aman yang kini sokong KEADILAN


KAJANG 5 FEB: Sarjan (B) Raslan Samsudin, 65, yakin Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sarjan (B) Raslan Samsudin kini berkhidmat sebagai Imam di Masjid Qariah Batu 10 Jalan Cheras-Kajang
Raslan merupakan anggota polis yang ditugaskan menjaga Anwar di lokap ibu pejabat polis Bukit Aman, sehari selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.

“Saya tak sangka Datuk Seri Anwar akan bertanding disini. Sebagai orang Kajang, saya rasa bertuah,” kata Raslan kepada Keadilandaily.

“Insya Allah, orang-orang kampung disini akan menyokong Anwar,” kata Raslan yang kini merupakan Imam di Masjid Jamek Qariah Batu 10, Jalan Cheras-Kajang.

Menceritakan pengalamannya klai pertama bertemu Anwar di lokap sehari selepas dipukul bekas Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara, Raslan berkata, beliau terkejut melihat keadaan Menteri Kewangan tersebut.

“Saya tengok beliau dalam keadaan lemah. Kepalanya merah (luka). Malangnya, Anwar tak dibenarkan ke hospital. Sebab ketika itu pembesar Polis cuba nak tutup kes (tumbuk mata),” katanya.

Bersama Anwar yang menyampaikan tazkirah selepas solat Jumaat
“Syif tugasan saya sehari selepas Anwar dimasukkan ke lokap. Bila tengok keadaannya begitu, saya catit keadaan fizikal Anwar dalam laporan diari polis sebagai bukti dan rekod.
Bersama Anwar yang menyampaikan tazkirah selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Qariah Batu 10, Jalan Cheras-Kajang minggu lalu. (gambar kiri)
“Tapi dengan kuasa Allah, perkara itu tak boleh disembunyikan. Tiga hari selepas ditahan, seluruh dunia dapat lihat keadaan mata Anwar yang lebam,: kata Raslan yang berkhidmat dengan PDRM semenjak 1969.

Kata Raslan, selepas bersama dari polis sejak 2005, beliau beberapa kali bertemu Anwar setiap kali Ketua Pembangkang itu bertandang ke Kajang menghadiri program bersama rakyat.

“Bukan senang orang Kajang nak dapat Adun macam dia (Anwar). Kalau Datuk Seri (Anwar) yang jadi wakil rakyat kita, kira untunglah,” kata Raslan sambil ketawa.

Tiada ulasan: