"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengerusi SPR sekolahkan Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengulas pendekatan kempen melibatkan isu seks Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno di Kajang kerana peraturan pilihan raya berkaitan perkara itu sudah jelas.

“SPR telah mengadakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berkali-kali dan SPR telah memaklumkan peraturan-peraturan dan kod etika semasa kempen pilihan raya kepada semua parti-parti politik, di samping pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (yang) memantaunya.

“Mereka faham hal ini dan tak perlu saya ulas,” kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan bahawa BN akan ketengahkan isu seks yang didakwa melibatkan Anwar dalam kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau ditanya sama ada perkara itu melanggar peraturan dan tindakan yang mungkin diambil suruhanjaya itu.

Malaysiakini semalam melaporkan, rayuan kes Liwat II membabitkan Anwar dan video seks seorang lelaki menyerupainya dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ahmad berkata, pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

Tiada ulasan: