"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Diekori polis dan gengter melayu setiap masa punca aktivis Ali Abd Jalil melarikan diri ke Sweden


Aktivis Ali Abd Jalil melarikan diri ke Sweden untuk mendapat suaka politik kerana bimbang dengan keselamatannya selepas empat kali ditahan dan didakwa mengikut Akta Hasutan.

Ali, 29, mengesahkan perkara itu dalam satu tulisannya di Facebook.

"Sekarang saya di Sweden untuk memohon suaka. Kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah.

"Saya diancam oleh gengster dan kumpulan Melayu rasis di Malaysia.

Malaysia tidak selamat bagi saya. Polis dan gengster mengikut saya setiap masa,” katanya.

Ali merupakan antara individu yang hadir ke perarakan anjuran Majlis Peguam bagi membantah Akta Hasutan pada hari Khamis lalu.

Beliau dipercayai menyusup keluar dari negara pada awal minggu ini.

Beliau ditahan berkali-kali berhubung tulisannya yang didakwa menghina kerabat istana.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: