"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PKR letak jawatan kerana ibu

Screenshots_2014-10-26-14-11-54KUCHING: Timbalan PKR Petra Jaya Idris Bohari bertindak meletak jawatan dan keluar dari parti itu pada hari Ahad dengan alasan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.
Beliau yang sudah 16 tahun berjuang bersama PKR membuat keputusan secara drastik selepas dinasihati oleh ibunya.

“Ibu berpesan dan menasihati saya, sudah sudahlah berpolitik pembangkang. Kita semakin susah hidup. Anak semakin membesar dan memerlukan perhatian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Idris tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai punca sebenar beliau keluar dari PKR.

Dalam pada itu, beliau berazam untuk melupakan perjuangan politik pembangkang tetapi akan terus aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO.

“Saya ingin melupakan seketika perjuangan membantu rakyat melalui saluran politik tetapi sedia menyokong kepimpinan Ketua Menteri Adenan Satem. Ada pelbagai cara untuk kita menyumbang bakti untuk rakyat,” katanya.

Justeru, beliau tegas memberitahu akan memberi sokongan padu kepada BN Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Negeri Sarawak.

Idris akan menyerahkan surat rasmi perletakan jawatan dan tindakan keluar parti kepada Ketua PKR Cabang Petra Jaya dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian pada hari ini.
-fmt-

Tiada ulasan: