"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Istana Kehakiman dikawal ketat, petugas media tiba awal

MUHAMMAD FAIZAL
PUTRAJAYA: Istana Kehakiman dikawal ketat oleh pihak polis mulai jam 5 pagi tadi dengan sekatan jalan termasuk halangan pagar besi di sekelilingnya.

Harakahdaily yang tiba di pekarangan Istana Kehakiman sejak jam 5.30 pagi turut mendapati pengamal media sudah pun berada di sini sejak awal pagi lagi.

Namun sehingga jam 7 pagi, pihak polis enggan membenarkan pengamal media memasuki Istana Kehakiman.

Sementara itu, penyokong yang hadir bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎dilihat berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Makhamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Anwar berhubung sabitan fitnah kes liwat II selama dua hari mulai hari ini dan esok

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan beliau yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lalu

Tiada ulasan: