"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saman pil kuda: Saksi plaintif, dari akhbar Kosmo tak hadir, walaupun waran tangkap telah dikeluarkan

IMG-20141028-WA0055
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah hadir ke mahkamah tinggi Kuala Terengganu sebagai saksi defendan dan menjawa semua soalan-soalan yang dikemukakan.

Beiau yang sampai di perkarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi, telah disambut oleh ahli dan para penyokong PAS yang turun beramai-ramai memberikan sokongan moral.

Sebanyak 23 soalan yang dikemukakan oleh pihak peguam telah dapat dijawab dengan lancar oleh Ustaz Abdul Hadi.

Sehubungan itu, sesi perbicaraan tamat kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Perbicaraan Kes Saman Bekas Calon PKR Bukit Besi keatas Presiden PAS terpaksa ditangguh lagi kepada tarikh 23 November depan kerana saksi pihak plaintiff gagal hadir.

“sepatutnya ada seorang lagi saksi plaintif, dari akhbar Kosmo, tetapi tidak hadir, walaupun waran tangkap telah dikeluarkan dan tidak dapat dilaksanakan,

“perbicaraan akan disambung semula pada 23 November depan,”jelas ketua peguam pihak defendan, Haji Asmuni Awi.
-buletinonline.net-

Tiada ulasan: