"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yang ini lagi pelik, apa kaitan Ketua UMNO Cheras ni dengan kes Altantuya tiba-tiba melenting


KUALA LUMPUR: "Memang Sirul mengarut, dia kini cuba menyubur persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan kes Altantuya sudah selesai."

Itu kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis, Sirul Azhar itu.

Sirul dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata yang dia bertindak atas arahan dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tegas Syed Ali, kes Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah menjatuhkan hukuman ke atas dua bekas polis terbabit.

"Semua pihak diminta menghentikan sebarang dakwaan atau dengan sengaja mewujudkan persepsi bahawa kes ini ada kaitan dengan pihak tertentu adalah karut dan tidak berasas.

"Bagi saya kes Altantuya sudah selesai tak perlu lagi perkara ini dibincangkan secara terbuka di depan khalayak umum seolah-olah kita tidak menghormati institusi perundangan negara ini.

"Saya hanya nampak isu Altantuya sengaja dimainkan oleh pihak yang berniat jahat dengan lain tujuan untuk menimbulkan persepsi atau sangkaan buruk rakyat kepada kerajaan.

"Isu ini dah selesai dan tidak perlu dipolemikkan lagi," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

Kata Syed Ali lagi, semua pihak termasuk portal berita pro-pembangkang diminta menghentikan segala dakwaan yang mengaitkan kes ini.

"Tindakan pihak berkenaan yang bertanya soalan Altantuya kepada Perdana Menteri tidak sewajarnya dilakukan.

"Pihak berkenaan juga tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Motif soalan ini ditanyakan dengan tujuan memanipulasikan jawapan yang diberi Perdana Menteri untuk faedah pihak mempunyai kepentingan memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," jelasnya.

Katanya, wartawan berkenaan juga dilihat tidak sepatutnya mengasak Najib dengan soalan mengenai isu Sirul pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti itu.

"Bagi saya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan kepada Perdana Menteri yang tiada kaitan langsung dalam kes ini.

"Bagaimana Perdana Menteri menjawab satu soalan yang dia sendiri tidak tahu menahu.

"Kes ini dianggap sudah selesai bila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman mati kepada dua bekas polis terbabit," katanya.

Katanya lagi, kerajaan kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada melayan isu Altantuya dalam memastikan program transformasi negara berjaya mencapai matlamatnya.

"Bukan tugas Najib untuk menjawab soalan-soalan tidak berhemah seperti itu yang sengaja diada-adakan untuk menyuburkan 'persepsi buruk' rakyat kepada kerajaan.

"Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan berita-berita yang sengaja direka untuk menburuk-burukkan kerajaan yang sentiasa memastikan negara berada dalam keadaan harmoni dan stabil," ujarnya.

Pada Khamis, Najib menyifatkan Sirul "mengarut" ketika ditanya wartawan mengenai dakwaan 'orang penting yang mempunyai motif' dalam kes itu kini masih bebas.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan yang akan didedahkan dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang akan diberikan Sirul.
-astroawani

4 ulasan:

Unknown berkata...

Ada udang disebalik batu / disebalik mee / disebalik char kueh teow / disebalik yong tau foo / disebalik steam boat kutttt!!!! Nampaknya dah rasa gelisah nak hilang tender projek.

Unknown berkata...

Syed Alhabshee cakap, kes Altantunya sudah selesai jadi takyah la nak ungkit ungkit lagi. Mahkamah sudah buat keputusan. Betul jugak ia. Tapimacam mana kes Anwar sudah selesai di
Mahkamah tapi Khairy mahu buat roadshow untuk cerita perkara yang tidak di bicarakan dalam Mahkamah. Kalau dah jatuh hukum, apa lagi nak roadshow. Nape bila kena ke UMNuuu semua salah dan ada kepentingan politik pembangkang tapi bila tercuit sikit puak UMNuuu melinting.
Shafee mendakwa, kununnya pilwat 8 kali liwat Sirul. Kalau lapan kali ker 10 kali ke, kenapa tidak di tuduh malaon itu bersama dengan si pilwat. Nampak sangat kes ni kait ngn politik.

Hj.Shah berkata...

Mengharap ganjaran dari tuan...

Unknown berkata...

rosak susu kerana nila

huru hara melayu kerana mamak

fikir2 kan