"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah masanya PKR harus tunjuk kepimpinan halang perpecahan Pakatan berikutan kemelut hudud

Alyaa Alhadjri
SEKILAS PANDANG: Sebagai parti utama dalam usaha membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya, PKR mesti menunjukkan kepimpinan dalam mengendalikan dakwaan pengkhianatan PAS terhadap rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang, melalui pembentangan dan kelulusan "bersejarah" pindaan kepada Kod Jenayah Syariah Kelantan 1993 pada 19 Mac.

Rang undang-undang pindaan itu telah diluluskan sebulat suara oleh 44 Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan pada kira-kira tengah hari ini, di sebalik arahan PKR kepada wakil mutlaknya, ADUN Guchil Roslan Puteh, untuk mengecualikan diri daripada mengundi.

PKR enggan memberikan komen tentang perkara itu sehingga pindaan itu diluluskan, walaupun perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti itu pada 17 Mac.

Pemimpin PKR hari ini sekadar meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap PAS Kelantan kerana gagal menghormati konsensus Pakatan Rakyat 2011 mengenai isu hudud, dan tidak bertindak balas kepada keretakan yang semakin meningkat antara PAS dan DAP.

PKR menyatakan yang persepakatan itu mengiktiraf bahawa Kod Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 telah wujud sebelum Pakatan ditubuhkan, jadi adalah "tidak munasabah" untuk meminta PAS meninggalkan matlamat asasnya, melaksanakan undang-undang Islam.

"PKR sebelum ini telah menghormati keputusan kerajaan negeri kerana kami merasakan yang ia bukannya melibatkan undang-undang baru dan tidak mengubah keadaan asal.

"Selepas melihat draf (pindaan), walaupun kandungannya tidak banyak berbeza daripada 1993 enakmen asal, kami mendapati bahawa ianya tidak menghormati persetujuan yang dicapai oleh Pakatan pada tahun 2011," jelas PKR dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan lima pemimpin tertinggi lain.

Walaupun bersetuju dengan pandangan PAS bahawa semua orang Islam mesti menerima hudud sebagai undang-undang Allah, PKR berkata enakmen dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah perkara-perkara yang boleh dibincangkan.

"Kami berharap bahawa perbezaan pendapat tentang penggubalan dan pelaksanaan hudud tidak akan dianggap sebagai menentang hudud.

"Kami percaya bahawa ketidakadilan dan kebajikan adalah isu-isu yang lebih penting untuk ditangani sekarang, kerana penduduknya baru sahaja pulih daripada bencana banjir, dan usaha menangani cabaran akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kuasa pemerintah," jelas PKR.

Tiada apa-apa disebut dibuat mengenai seruan bersungguh-sungguh DAP supaya Pakatan memutuskan hubungan dengan PAS.

Tindakan mengambil pendirian yang selamat boleh menjadi perkara yang terbaik untuk dilakukan sekarang, tetapi PKR tidak lama lagi mungkin mendapati dirinya tidak mampu untuk terus memainkan peranan pendamai di antara sekutu-sekutunya, yang sejak hari pertama hanya memutuskan untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam isu hudud.

DAP semenjak itu telah mengumumkan bahawa ia akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan selepas mendakwa "dikhiniati" PAS, tetapi parti Islam itu sama-sama berkeras bahawa hak berdemokrasi mereka untuk membentangkan pindaan itu perlu dihormati.

PAS Kelantan yakin yang ia akan mendapat majoriti mudah 112 undi yang diperlukan untuk membawa pindaan yang perlu kepada undang-undang persekutuan, walaupun parti itu hanya memiliki 21 kerusi di Parlimen.



Setiausaha penganjur kebangsaan DAP, Anthony Loke bagaimanapun mendakwa bahawa proses itu akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga kerana pindaan mesti dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu.

Dalam Pakatan, PKR mempunyai 15 ahli parlimen beragama Islam manakala DAP hanya mempunyai dua. Terdapat juga 88 ahli parlimen Umno yang semuanya beragama Islam, selain daripada Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee, yang menambah jumlahnya kepada 105.

Secara keseluruhan, jika kesemua ahli parlimen bukan Islam mengundi menentang, tidak ada cara supaya 128 undi yang diperlukan bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dapat diperolehi.

Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar juga telah menegaskan bahawa parti itu akan menerima apa-apa keputusan yang diberikan Parlimen, di sebalik kebimbangan yang dibangkitkan berkenaan rang undang-undang hudud dan pelaksanaannya di masa depan.

Apabila dilihat kembali, adalah lebih baik jika PKR bersikap lebih tegas dengan PAS kerana melanggar persetujuan Pakatan sebelum ini, dan meminta supaya perubahan yang dicadangkan, dibuat sebelum parti Islam itu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen pada persidangan akan datang, pada bulan Mei.

PKR juga harus mengambil tindakan ke atas DAP kerana tindak balas beremosinya terhadap isu hudud. Kerana jika mereka begitu yakin bahawa PAS tidak akan mendapat sokongan yang diperlukan, mengapa sibuk-sibuk?

PKR telah kehilangan peluang untuk menunjukkan bahawa ia merupakan parti utama dalam Pakatan.
-theantdaily

Tiada ulasan: