"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat bayi ditemui dalam tin biskut

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah tangki air di sebuah bangunan berdekatan Taman Jubli Perak dekat Sungai Petani.

Mayat dibungkus dengan kain dan dimasukkan dalam tin biskut dan ditemui kira-kira 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Ariffin berkata pihaknya masih menyiasat sama ada bayi tersebut meninggal dunia terlebih awal sebelum diletakkan di dalam tangki itu.

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Beliau berkata mayat bayi terbabit ditemui seorang penghuni di bangunan berkenaan.

Khalil berkata seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut turut dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan.
-Bernama-

Tiada ulasan: