"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kami sangka ia disebabkan gempa bumi'

Seorang peniaga kedai makanan kerugian lebih RM20,000 selepas sebuah kereta milik pelanggan tetapnya merempuh premis berkenaan di Taman IKS Bukit Minyak di Bukit Mertajam awal pagi ini.

Sharifah Ismail, 50, berkata dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, beliau baru sahaja sampai di kedainya yang terletak di belakang rumah keluarganya untuk memulakan perniagaan dengan memanaskan air.

"Saya ketika itu sedang menyalakan dapur gas untuk panaskan air, secara tiba-tiba gerai saya bergegar dan bekelan elektrik terputus, dalam keadaan cemas itu saya bersama dua lagi pembekal kuih berlari keluar melalui pintu belakang gerai.

"Kami sangkakan ia disebabkan gempa bumi dan bunyi dentuman akibat rempuhan berkenaan juga amat menakutkan serta boleh didengar hingga ke kawasan kejiranan tempat saya tinggal," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Katanya beliau hanya menyedari kedainya dirempuh kereta yang dipandu pelanggan tetapnya selepas melihat orang ramai membantu mengeluarkan lelaki berusia 60-an itu daripada kenderaannya, bagaimanapun pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sharifah berkata berikutan kejadian itu pintu hadapan kedai dan bumbung rosak teruk manakala peralatan lain seperti peti sejuk, sistem pendawaian elektrik, kamera litar tertutup (CCTV) dan barangan jualan lain juga rosak.

"Kejadian itu telah menyebabkan kerosakan teruk pada pintu dan bumbung kedai dan ia adalah yang pertama kali berlaku sepanjang kami sekeluarga mengusahakan gerai ini...kerugian mungkin lebih RM20,000.

"Pemilik kenderaan itu juga kerap singgah ke gerai kami untuk makan kerana premis ini adalah antara tumpuan kakitangan dan pekerja kilang di kawasan berkenaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata pemandu kereta berkenaan memaklumkan semasa kejadian berkenaan beliau hendak menekan pedal brek bagaimanapun telah tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya merempuh kedai tersebut.

"Pemandu itu hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di klinik berhampiran. Nasib baik ketika kejadian kedai belum dibuka dan tiada pelanggan," katanya.
-Bernama-

Tiada ulasan: