"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pecah rahsia apabila isteri terserermpak suami cuba membuka seluar anak gadisnya yang sedang tidur

KUALA LUMPUR: Seorang bekas tentera berpangkat Lans Koperal dihukum penjara 17 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu, kerana merogol anak tirinya berusia 12 tahun sembilan bulan, Januari lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman tersebut selepas lelaki berusia 36 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah kem tentera di sini pada pukul 5.15 pagi, pertengahan Januari.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mac lepas.

Terdahulu, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sew Ping, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tertuduh sebagai bapa tiri perlu menjaga anak itu tetapi sebaliknya mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Mengikut fakta kes, kira-kira pukul 2.45 pagi, 8 Mac lepas, pengadu yang merupakan ibu mangsa, telah keluar dari biliknya dan melihat tertuduh dalam keadaan mencangkung di hadapan kaki mangsa yang ketika itu baru tersedar dari tidur.

Pengadu kemudian bertanyakan tertuduh apa yang telah dilakukannya namun tertuduh mendakwa tidak ada melakukan apa-apa namun ekoran berasa curiga dengan perbuatan suaminya itu, pengadu bertanyakan mangsa dan mangsa memberitahu bapa tirinya cuba membuka seluarnya.

Mengikut fakta kes tambahan, mangsa melalui rakaman percakapan mendakwa tertuduh pernah merogolnya pada pertengahan Januari lepas namun mangsa tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa kerana telah diugut tertuduh.

Tiada ulasan: