"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Si warak’ putar alam


Shah Alam: Berselindung di sebalik perwatakan warak di laman sosial Facebook (FB), seorang lelaki menggunakan medium berkenaan untuk memperdayakan orang ramai bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

Lelaki berasal dari Cheras itu akan menghubungi mangsa untuk mendapatkan belas kasihan berbentuk wang ringgit dengan alasan menyambung pengajian di sebuah pusat pengajian Islam di Jambi, Indonesia.

Malah, lelaki berusia dalam 20-an berkenaan turut menyertakan surat tawaran pengajian daripada institusi berkenaan bagi meyakinkan individu yang cuba diperdaya mengenai ‘niat’ sebenar dia meminta derma.

Lelaki terbabit juga memberikan alasan baru saja mengalami kemalangan jalan raya serta mengalami masalah kewangan, namun terpaksa meminjam wang kerana terdesak mahu menyambung pelajaran dalam tempoh terdekat.

Lelaki ini dikesan menyasarkan lelaki atau individu mempunyai status kewangan kukuh serta daripada golongan berpendidikan agama sebelum menyapa mangsa menggunakan FB.
-hmetro-

Tiada ulasan: