"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hudud Akhirnya PASMA mengalah

Tranungkite
Perlaksanaan hukum hudud merupakan perjuangan PAS sejak sekian lama, maka rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat disaran memberi peluang PAS Kelantan berbuat demikian, kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Beliau yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundor berkata rakan sekutu dalam gabungan pembangkang itu diminta untuk membuka ruang kepada perlaksanaan hukuman itu di negeri pantai timur itu, lapor Sinar Harian hari ini.

"PAS tiada pilihan melainkan melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia merupakan antara perjuangan utama PAS.

"Bagaimanapun, PAS Kelantan perlu diberi penerangan kepada rakan komponen Pakatan mengenai perlaksanaan itu," beliau seperti dilaporkan akhbar itu.

Semalam Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dalam persidangan DUN Kelantan yang menyentuh tentang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta'zir.

Laporan itu juga menyebut, bekas exco Kedah itu berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan enakmen hudud itu di Kelantan kerana ia urusan kerajaan negeri dan hak demokrasi perlu diberikan untuk melaksanakannya.

"Tapi saya sedih sebab perlaksanaan itu tidak dapat persetujuan bersama antara PAS dan DAP yang mungkin boleh menyebabkan Pakatan berpecah," katanya sambil mencadangkan supaya PAS negeri itu membentangkan enakmen itu kepada Majlis Pimpinan Pakatan.

Tiada ulasan: