"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sah PR berpecah?

SHAH ALAM: DAP tidak perlu mengugut Pas dengan ancaman PR akan berpecah jika Pas meneruskan pelaksanaan hudud, sebaliknya perlu menghormati perjuangan yang dibawa Pas.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana jaminan hak beragama adalah sebahagian daripada prinsip persefahaman politik yang membentuk PR.

Menurutnya, usaha Pas untuk melaksanakan hudud adalah semata-mata kerana tuntutan agama Islam dan tidak melibatkan kepentingan politik.

Katanya, jika DAP menghormati perjuangan hudud oleh Pas dan tidak menentang sebarang usaha Pas untuk merealisasikannya mengikut saluran demokrasi, PR akan bertambah kukuh dan dihormati.

"Pecah atau kukuh PR adalah di tangan kita yang menentukan bukan di tangan Umno.

"Sebagai seteru di medan politik, memanglah hasrat Umno mahu PR berpecah. Tetapi pendirian dan sikap kita sendirilah sebagai rakan sekawan akan menentukan nasib hubungan kita," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
-sinarharian-

PR berpecah? bukan kerana umno tapi kerana keangkuhan parti yang tidak menghormati proses demokrasi dan hak mengamalkan agama pihak lain

Tiada ulasan: