"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO harus nyatakan pendirian tentang hudud atau berdepan kemusnahan - Musa Hitam

UMNO harus nyatakan pendirian tentang hudud atau berdepan kemusnahan - Musa Hitam
UMNO harus nyatakan pendirian tentang hudud atau berdepan kemusnahan - Musa Hitam
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyatakan rasa kecewa terhadap UMNO kerana masih belum menyatakan pendiriannya tentang Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 atau hudud.

"Dalam masa yang sama, saya amat kecewa dengan Umno sendiri, seolah-olah terpinga dan hingga sekarang masih belum menentukan pendirian tegasnya.
"Saya boleh dikatakan begitu lama khuatir atas polisi dan agenda UMNO di sini.

"UMNO mesti mengambil pendirian tegas. Ini ialah isu nasional yang berimplikasi panjang dalam negara di peringkat domestik mahu pun antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di The Malaysian Insider pada Sabtu.

Beliau turut mengulangi pendirian peribadinya yang mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini, atas alasan bahawa Malaysia merupakan negara majmuk.

Tambahnya lagi, UMNO harus menentukan pendiriannya secepat mungkin kegagalan berbuat demikian bukan sahaja akan mendatangkan keburukan pada negara, malah kepada UMNO sendiri.

"Bukan sahaja negara yang akan menanggung akibatnya tetapi Umno juga akan menghadapi akibat buruk sebagai parti politik yang begitu banyak berkhidmat kepada bangsa dan negara begitu lama.

"Janganlah hendaknya Umno memusnahkan diri sendiri, "self destruct"," tegas Musa lagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Jumaat lalu telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) turut menyokong rang undang-undang itu.

Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh.

Susulan itu, pelbagai reaksi telah timbul berikutan kelulusan enakmen tersebut termasuk tentangan dari sekutu PAS sendiri dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.

Tiada ulasan: