"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Arab Saudi serang Yaman

Sanaa (Yaman): Arab Saudi melancarkan serangan udara di negara jiran Yaman, bagi mengetuai gabungan negara-negara Arab dalam usaha mengusir pemberontak Houthi di negara itu.
Serangan keatas kumpulan pemberontak itu dilakukan selepas Houthi mengawal ibu negara Yaman selama beberapa bulan, selain menawan bahagian selatan bandar, Pantai Aden serta beberapa pangkalan udara sebelum dipindahkan tentera Amerika Syarikat dalam operasi khas minggu lalu.
Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang dikatakan berlindung di Aden selepas melarikan diri dari Sanaa, dilaporkan tidak diketahui keberadaannya ketika ini.

Operasi ketenteraan diumumkan di Washington semalam oleh Duta Besar Arab Adel al-Jubeir, yang berkata, pertempuran itu akan berterusan sehingga "kerajaan yang sah" Yaman itu dapat dikembalikan.

“Serangan udara dilakukan oleh Arab Saudi bersama ‘negara rakan kongsi di Teluk Parsi dan lain-lain,” kata Jubeir yang enggan mendedahkan negara mana yang turut serta.

Beliau berkata, beberapa negara telah memindahkan aset ketenteraan mereka ke Arab Saudi dan yang lain masih dalam perjalanan. - The New York Times
-hmetro-

Tiada ulasan: