"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dipukul dengan kejam sehingga mati (video &Gambar)


Kejam-
The mob could be seen stamping on the woman while some stamped on her repeatedly and battered her body with pieces of wood and bricks
One of the attackers can be seen repeatedly striking the woman with a piece of wood while another was filmed hurling a brick at her as she lay on the ground
KABUL, Afghanistan: Seorang wanita Afghan dipukul dengan kejam sehingga mati selepas dia didapati membakar Al-Quran oleh sekumpulan perusuh berhampiran makam Shah-e Doh Shamshira.

Farkhunda, 27, dipukul dengan kayu dan batu, ditendang serta ditumbuk berulang kali oleh kumpulan perusuh sebelum mereka bakar dan buang mayatnya itu di sungai berlumpuran, yang berhampiran masjid Kabul.

Kumpulan perusuh itu dilapor telah melakukan serangan tersebut ke atas Farkhunda apabila dia dilihat sedang membakar beberapa keratan Al-Quran.

Sebaliknya, ibu bapa wanita Afghan itu berasa sungguh sedih akan tindakan melampau kumpulan rusuhan itu yang telah bertindak buta tuli.

Mereka memberitahu polis, anak mereka mengalami penyakit mental selama bertahun-tahun dan niatnya bukan untuk bermaksud membakar kitab suci Islam.

Polis pula tidak memberi sebarang komen terhadap kejadian itu malah hanya meleraikan orang ramai yang marah daripada kawasan berkenaan.

Menurut seorang jurucakap daripada Kementerian Dalam Negeri dari Afganistan,dia mengesahkan empat suspek telah ditahan, terlibat dalam serangan itu melalui akaun Twitter rasminya.

Video serangan kejam itu dimuatnaik dalam laman-laman web media sosial, menunjukkan ramai yang berada di tempat kejadian sibuk merakam peristiwa itu dalam telefon bimbit mereka.

Tiada ulasan: