"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan Rakyat Baharu Isnin ini?

Faiz Zainudin 
Stephen-Wong_600KUALA LUMPUR: Perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin parah apabila DAP Sabah mengumumkan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat Baharu () di negeri itu.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fat berkata parti itu akan mengadakan pertemuan dengan PKR Sabah Isnin ini untuk berbincang bagi menubuhkan PRB itu.

Wong berkata, keputusan tersebut dibuat ekoran tindakan PAS Labuan yang berpendirian untuk menggantung sebarang kerjasama dengan DAP berikutan pertikaian pelaksanaan Hudud dalam PR.

“Mereka (PAS) Labuan telah membuat keputusan tidak mahu bekerjasama lagi dengan DAP, jadi PR akan bergerak tanpa PAS menerusi PRB,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak menolak jika parti-parti tenpatan lain juga ingin turut serta dalam PRB.

Wong, Ahli Parlimen Sandakan berkata isu Hudud perlu diselesaikan segera kerana ia dianggap menggugat keharmonian rakyat Sabah.

“Kami hidup harmoni seperti adik-beradik sehingga timbulnya isu ini yang amat menggangu hubungan kami,” katanya.

Memetik laporan, sebuah portal berita semalam, pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi dan langkah mewujudkan parti baharu adalah rasional dan direstui DAP pusat.

Selasa lalu, Ahli Jawatankuasa PAS pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, DAP sepatutnya meninggalkan PR kerana PAS sudah menetapkan pendiriannya, bahawa mereka tidak akan keluar daripada Pakatan.
-fmt-

Tiada ulasan: