"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hudud: Nurul Izzah Dikecam Pengikut Instagram

Tranungkite

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS apabila menyifatkan hudud bukan perkara yang harus diberi keutamaan dalam parti pembangkang.

Perkara tersebut dinyatakan Naib Presiden PKR, Nurul izzah Anwar menerusi laman sosial Instagramnya apabila memuat naik satu foto bersama petikan kenyataan ulama tersohor dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi mengenai hukum hudud.

“Islam itu bukan hanya tertumpu kepada perundangan semata-mata seperti hudud.

“Islam yang dikehendaki adalah wasatiyyah, mudah dan tidak memberatkan.

“Hudud bukanlah termasuk dalam fiqhul al-awlawiyyat (keutamaan),” kata Sheik Dr Yusuf dalam Kitab berjudul Fiqh al-Wasatiyyah al-Islamiyyah wa al-Tajdid yang dipetik Nurul Izzah dalam entri tersebut, hari ini.

Sebagai menyokong kenyataan ulama itu, Nurul Izzah menyatakan statusnya, “Pendirian Keadilan”.

Bagaimanapun, tindakan Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai yang memuat naik foto tersebut mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengikut laman sosial itu.

Rata-rata menyatakan tidak setuju terhadap pendirian Nurul izzah yang mewakili PKR mengenai pelaksanaan hudud yang telah diluluskan oleh kerajaan PAS, Kelantan baru-baru ini.
Foto:IG Nurul Izzah
Antaranya, pengguna Instagram yang mengelarkan dirinya sebagai @Arif_abel berkata: “Kalau macam ini pendirian PKR dan DAP, kami anak muda PAS terpaksa tinggalkan dua-dua parti itu. Tolonglah faham pasal hudud”.

Manakala, seorang lagi pengguna laman mikro tersebut, @mikmunirz pula berkata: “quoting some of speech if not the way to justify your opinion, Yussof Al-qardawi just telling Islam is just not about hudud, but not telling not to implement hudud, that why i lost faith to political party, there not a lot differences between goverment and opposition”.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac meluluskan hukum hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Susulan itu, kesemua Ahli Parlimen DAP menolak keputusan untuk melaksanakan undang-undang hudud oleh PAS kerana ia disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan.
.
- mD

Tiada ulasan: