"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

James masuk Islam selepas 20 tahun cari kebenaran

HARAKAHDAILY 
JAMES Frankel, seorang pensyarah perbandingan agama di Universiti Hawaii ternyata seorang muallaf. Kini dia sedang mengajar kelas Islam di universiti itu. Seperti yang dilaporkan oleh Onislam.net, James menceritakan bagaimana pada awal mulanya dia mencari dan memutuskan masuk Islam.

James dibesarkan dalam keluarga sekular. Tidak pernah ada upacara khas yang dijalankan di rumahnya ketika itu. Padahal ayahnya berdarah Yahudi. Ia mengaku, neneknya adalah seorang Yahudi yang taat. Dulu semasa dia kecil, dirinya sempat mendengar cerita tentang nabi-nabi dari neneknya.

Meskipun begitu, dia menjadi seorang komunis. Hingga setelah menginjak dewasa, dia belajar di sekolah antarabangsa. Tentu saja, banyak rakannya dari pelbagai negara. Salah satu temannya dari Pakistan, ketika itu memberinya sebuah lembaran Al-Qur'an. Dia mengetahui bahawa James adalah seorang komunis dan berkata, "aku tak ingin kamu masuk neraka". Akhirnya, lembaran Al-Qur'an itu dibawa namun dia letakkan persis di atas rak bukunya. Dia hanya menyimpannya dan tak berfikir sedikit pun untuk membacanya.

Lelaki kelahiran 1969 ini ternyata kecewa menjadi seorang komunis. Kerana banyak soalan yang dia tidak mendapat jawapannya. Soalan itu mudah, seperti "Mengapa kita ada di sini? Akan pergi ke mana kita selepas ini? Dan kenapa kita boleh menderita?"

Soalan itu akhirnya dapat dilupakan oleh kesibukan kuliahnya. Hingga suatu hari ia mendapat pengalaman khusus dari kejadian neneknya yang meninggal. Ketika itu, nenek mengunjunginya di Washington DC. James menceritakan rancangan masa depannya dengan terperinci kepada neneknya.

Selepas lawatan nenek selesai, James berkata, ingin bertemu lagi dengan neneknya masa ke New york nanti. Tanpa diduga, neneknya mengucapkan "Insya Allah". Mendengar itu, James tidak berfikir macam-macam kerana dia fikir itu hanya sebuah ucapan.

Esok harinya, pagi-pagi lagi, dia mendapat telefon dari sepupu yang baru semalam bersama neneknya. Dia memaklumkan bahawa neneknya telah meninggal. Peristiwa tersebut membuat James berfikir keras apa maksud semua itu? Dia mendapat kunjungan dari neneknya secara tiba-tiba dan kini neneknya meninggal tanpa diduga.

Untuk memuaskan pertanyaannya, dia cuba mencari pengetahuan dalam komuniti Yahudi dan Nasrani. Namun tidak berhasil. Dia tidak puas dengan apa yang disampaikan oleh mereka. Maka, James kembali mencari Al-Qur'an dari temannya, Mansour. Dari Al-Qur'an itulah dia mendapat jawaban atas semua pertanyaan yang merisaukan dirinya.

Hingga suatu ketika, pada tahun 1990, dia bertemu kembali dengan rakan-rakan lamanya termasuk Mansour. Mereka menanyakan, apakah James percaya tuhan? Mereka kira James masih seorang komunis seperti dahulu.

"Saya, percaya Allah. Allah yang dijelaskan dalam Al-Qur'an."

"Apakah kamu percaya bahawa Muhammad adalah utusan Allah?"

"Tentu saya percaya, kerana saya membaca Al-Qur'an yang kamu berikan"

"Alhamdulillah, kamu sudah menjadi Muslim," kata Mansour dipetik laman web Islampos.

"Apakah hanya dengan mengakui Allah adalah Tuhan dan Muhammad adalah utusan-Nya saya menjadi Muslim?" tanya James.

"Ya, kamu sekarang seorang Muslim."

Sejak saat itulah di depan teman-teman lamanya, James menyatakan keislamannya.

Orang tua yang mengetahui James memeluk Islam hanya menganggap itu sebuah fasa yang tidak lama lagi akan berubah. Kerana James sejak usia 13 tahun menjadi seorang komunis, dan usia 16 tahun menjadi Skinhead. Padahal dirinya dahulu merasa kebingungan mencari di mana kebenaran berada.

Bagi James yang hampir menempuh perjalanan 20 tahun dan hanya Allah yang tahu bagaimana dan di mana ia akan berakhir. Dia menyarankan kepada muallaf atau orang-orang yang telah Muslim sejak dahulu, bersabarlah dan lihat kejutan yang Allah hadirkan dalam cinta dan harapan.

James mengatakan jika ada non-Muslim yang mendengar kisahnya, ertinya dia berhutang kepada dirinya untuk mengetahui sebanyak mungkin mengenai perkara yang ada di dunia dan persekitaran.

Tiada ulasan: