"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yatt Hamzah: Orang Syria ada hidup dalam lubang berkongsi tempat dengan ular

Syria
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Yatt Hamzah yang kini aktif bergerak dalam aktiviti kemanusiaan berkongsi cerita di mana kesusahan yang dialami rakyat Syria tidak tergambar apabila ada keluarga yang terpaksa hidup dalam lubang tanah.

Menurutnya, pengalaman selama 10 hari di bumi Syria itu benar-benar membuka matanya dan menyifatkan semua itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

“Alhamdulillah sepanjang 10 hari bermusafir di bumi Syam, banyak benda yang saya belajar. Sebelum ini saya hanya melihat di media bagaimana kekejaman rejim Bashar Al-Assad.

“Alhamdulillah apa yang saya dapat di sana adalah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya ketika berkongsi pengalamannya pada sidang media Empat Tahun Tragedi Kemanusiaan Syria, di sini, hari ini.

Yatt yang menyertai misi kemanusiaan itu bersama suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor berkata, sayu melihat satu keluarga yang terpaksa bertarung dengan ular untuk tinggal dalam lubang sebagai tempat berteduh.

“Apa yang saya nampak...saya dah pergi satu Malaysia, saya dah lihat betapa susahnya orang-orang di Malaysia tapi apa yang saya lihat di Syria tidak boleh menandingi kesusahan itu. Saya duduk dengan mereka, saya makan dan beraktiviti dengan mereka.

“Saya melihat satu keluarga tinggal dalam tanah. Bukan rumah bawah tanah tapi lubang. Lubang yang menempatkan enam anak beranak. Anak-anaknya ada yang cacat, ada yang dipatuk ular kerana mereka berkongsi tempat itu dengan ular.

“Apabila hujan mereka terpaksa menadah air yang turun dengan baldi, besen kerana mereka tidak ada pintu untuk menghalang air daripada memasuki tempat tinggal mereka dalam tanah itu,” katanya.

Malah katanya, kehebatan anak-anak dan wanita-wanita Syria tidak dapat ditandingi malah beliau akui malu dengan rakyat di negara itu.

“Jika dibandingkan diri saya dengan anak-anak Syria pun, jauh beza. Mereka kecil lagi sudah menghafal satu juzuk al-Quran. Malu saya.

“Wanita-wanita Syria sangat hebat. Mereka sangat dekat dan rapat dengan ALLAH SWT. Ujian itu menyebabkan mereka sangat rapat dengan ALLAH,” katanya.

Berkongsi detik cemas apabila rombongannya itu terpaksa melarikan diri kerana diburu sebuah pesawat rejim zionis, Yatt akui takut ketika itu namun berserah kepada ALLAH.

“Kami hampir-hampir arwah di satu kawasan Kafr Zeta di Hama di mana kami diburu oleh helikopter rejim kerana mereka berjaya mengesan sekumpulan manusia iaitu kami. Kami diberitahu agar meninggalkan tempat itu dengan secepat mungkin.

“Kami memecut dengan laju dan kelajuannya sangat dahsyat dengan keadaan jalan yang tanah merah dan berbatu,” katanya.

Menurutnya, semua orang senyap, berzikir dan beristighfar, ketika itu beliau hanya teringatkan anak dan ibu di Kuala Lumpur.

“Kami tiba di kebun zaitun dan bersembunyi. Kenderaan yang dinaiki pula tayarnya tersangkut pada selut dan kami perlu menolak beramai-ramai. Serentak dengan itu, bunyi letupan yang sangat kuat dari arah kanan dan kelihatan kepulan asap hitam.

“Saya berlari dengan laju ke arah pokok zaitun dan memeluk batang pokok. Perasaan ketika itu takut, jantung berdegup kuat. Kami diberitahu tempat yang meletup tadi adalah tempat yang kami ada 10 minit sebelum itu,” katanya.
-sinarharian-

1 ulasan:

❤︎ y u l i a n a ❤︎ berkata...

I really sympathise Yatt Hamzah who has been brainwashed by the media: "Sebelum ini saya hanya melihat di MEDIA bagaimana kekejaman rejim Bashar Al-Assad".
I respect those people for going to Syria to help Syrians but what saddens me is people who are misinformed by media bias like people like Yatt. The ones who caused and started this chaos and bloodsheds in Syria are those "freedom fighters" that you support. They were against religious pluralism in Syria. Syria is a country composed of Sunnis, Alawites, Druze and Christians.
So for misinformed Yatt, do you even know what's happening in Syria other than "it is war"? Do you know that folks who like to blame everything on Syrian government are Western and Zionist media like CNN, BBC, Fox News?