"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami tinggal nota, dia terlalu rindu emaknya yang telah meninggal dunia sebelum bunuh diri

Kota Tinggi: ‘Terima kasih sudi menjadi isteri yang ikhlas. Cuma awak dari awal hingga akhir, demi Allah. Suami mu yang malang terlalu rindukan emak!! Assalamualaikum!’. Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak di sini, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui dengan kabel elektrik jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.

Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.

"Sebelum keluar berniaga pada petang itu, saya mengemas rumah namun apabila pulang saya dapati rumah bersepah. Apabila suami pulang berlaku pergaduhan antara kami.

"Suami kerap marah kebelakangan ini dan kadang-kadang mengamuk menggunakan senjata tajam untuk mencederakan dirinya," katanya semalam.

Menurutnya, ketika pertengkaran itu, suaminya cuba mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.

"Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas suami. Saya mahu keluar, namun pintu depan dan belakang dikunci suami," kata ibu tiga anak itu.

Menurutnya, apabila pertengkaran reda, dia masuk ke dalam bilik dan tidur sebelum dikejutkan seorang anaknya memberitahu suaminya tergantung di dapur.

"Saya tidak tahu mengapa dia bertindak seperti itu namun sejak ibunya meninggal dunia tiga bulan lalu, suami agak berubah," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan sebagai kes kematian mengejut, lapor Harian Metro.

Tiada ulasan: