"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS menang tapi undi yang diperolehi merosot 1,411

KOTA BHARU: Pas mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas. Undi yang beliau perolehi 10,899 berbanding undi yang diperolehi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iuaitu sebanyak 12,310 undi, berkurangan sebanyak 1411 undi.

Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majoriti yang diperolehi Fathan bagaimanapun meningkat kepada 10092 berbanding majoriti yang dipungut 6,500 undi diperolehi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa.

Empat calon Bebas kesemuanya hilang wang pertaruhan.

Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi, Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi. 

Tiada ulasan: