"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keganasan terbaru Low Yat: Kenapa hanya kerana sebuah handphone boleh jadi macam ini ? (4 video &Gambar)









Mungkinkah ada pihak sengaja mengambil peluang untuk mengalihkan perhatian dari isu 1MDB?


Beberapa wartawan dan seorang pekerja bar dilapor cedera selepas satu perhimpunan berhampiran Plaza Low Yat di ibu negara bertukar menjadi kekasaran.

Sehingga jam 1.00 pagi ini, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dan kumpulan perusuh bergerak ke arah yang berbeza.


Kumpulan itu - yang mendakwa bahawa mereka mewakili NGO Melayu - mula berhimpun di depan Plaza Low Yat petang semalam sebagai tindak balas kepada pergaduhan kelmarin di pusat membeli-belah popular dengan barangan elektronik itu.


Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh belia menyerang pekerja pusat perniagaan itu.


Manakala pekerja pusat membeli-belah lain dilapor membalas dengan memukul kumpulan belia itu.


Video insiden itu tersebar dengan begitu cepat sekali di internet, tetapi perbahasan mengenainya bertukar menjadi buruk dan mengikut garis perkauman.

Hal ini walaupun pada hakikatnya polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai rusuhan yang berpunca daripada kes dakwaan kecurian.

Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah itu kira-kira jam 7 malam pada Ahad atas alasan bahawa mereka menuntut keadilan bagi tujuh individu terbabit./malaysiakini

2 ulasan:

Unknown berkata...

Berikut 12 Peristiwa Bersejarah Islam di Bulan Ramadhan.

1. Pembebasan Makkah (Fathul Makkah)

2. Bulan Diturunkan Alquran

3. Peristiwa Perang Badar


4. Islam Masuk ke Yaman

5. Khalid bin Walid Meruntuhkan Berhala Al ‘uzza

6. Penyerahan Kota Taif

7. Pembebasan Andalusia (Spanyol)


8. Peperangan Zallaqah di Portugal


9. Tentara Islam Mengalahkan Tentara Mongol


10. Peperangan Yakhliz

11. 10 Ramadan 1390 H bertepatan dengan 6 0ktober sampai 22 atau 24 Oktober 1973 M. Perang Yom Kippur, juga dikenal sebagai perang Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadan.

12.Perang telefon bimbit di Plaza Lowyat Kuala Lumpur

Unknown berkata...

kpeedeenkk berani ker nak bertindak???????? harga barang di LY mmng tak std... jika tersilap langkah atau tak da pengalaman... mmng kena kelentong... harga barang seringgit boleh jad 50 hengget... sy ada pengalaman beli android phone 3 tahun lepas... masa kita dh konfirm nak beli peniaga minta cagaran rm50 sebelum dia pergi ke stor utk ambil produk... lepas tu dia buat kecoh2 sikit dgn nak install itu dan ini dan buatkan kita luopa dgn cagaran rm50 tu...las2 kena kencing rm50... bila kita dtg esoknya nk tuntut peniaga tu dh tak da disitu... stallnya semalam dah org lain pulak yg jaga.. so hati2 LY mmng ada seribu satu jenis penipuan... kpdnkk bila dengar cerita ni dgn selambanya akan bagi jawapan mudah...kenapa tak repot... tapi sebenarnya mereka tahu hal2 begini berlaku di LY... jadi ini sekali lagi membuktikan pemimpin melayu yg tipu melayu dan membenarkan bangsa lain tipu melayu...

ini adalah hasil dari tanggungjawab pemantauan yg tidak dibuat oleh kpdnkk yg selalu bagi alasan tak da kes dilaporkan... patutnya org ramai bukan taji peniaga LY tapi taji kpdnkk yg tak buat kerja...